FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
VISI SEKOLAH
Menjadikan SK Methodist sebagai Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri Pulau Pinang Menjelang Tahun 2016
MISI SEKOLAH
Sentiasa meningkatkan prestasi dalam pencapaian kurikulum, kualiti diri dalam bidang kemenjadian murid serta pencapaian kokurikulum supaya lebih cemerlang, berdisiplin, beragama, berketrampilan menjadi ahli masyarakat berakhlak mulia.
SLOGAN
Kau Akan Peroleh
PIAGAM PELANGGAN SKM
Bahawa kami warga Sekolah Kebangsaan Methodist berjanji untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan seperti berikut :-
Murid
- Memastikan semua murid menerima PdP mengikut masa yang diperuntukkan
- Memastikan semua murid mendapat layanan yang adil dan saksama
- Memastikan semua murid layak mendapat pinjaman buku teks untuk tahun semasanya, menerima buku teks pada hujung tahun sebelum sesi persekolahan berakhir
- Memastikan murid yang layak menerima bantuan seperti KWAM, RMT, susu sekolah diberikan dengan mengikut prosedur yang ditetapkan
- Memastikan semua murid tahap dua mendapat peluang menyertai kegiatan kokurikulm sekurang-kurangnya satu permainan, satu kelab, beruniform dan satu aktiviti sukan/permainan
- Peluang diberi kepada murid tahap satu untuk menyertai satu aktiviti kokurikulum mengikut minat dan kebenaran ibu bapa.
Guru
- Setiap staf sekolah menerima latihan dalaman dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya dua kali setahun
- Sebarang masalah/kesulitan yang dihadapi oleh staf akan diambil tindakan segera tidak melebihi tiga hari
No comments:
Post a Comment