Friday 22 June 2012

Surat Dari Sekolah


SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST
JALAN SUNGAI DAUN
14300 NIBONG TEBAL
TEL& FAX: 04-5931392
e-mail : pbb4012@jpnpp.edu.my









 
                                                                                                                               
________________________________________________________________________________

                                                                                                                                                Tarikh  : 21.06.2012                                                          
Kepada,
Semua ibu bapa/waris/penjaga murid-muird SK Methodist, Nibong Tebal.

MAKLUMAN PENTING
Dengan hormatnya saya  diarah merujuk  kepada perkara-perkara yang  tersebut di bawah ini:

1.1           Pada 26.06.2012(Selasa), semua ibubapa/waris dan penjaga murid diminta datang ke sekolah untuk menandatangani
Buku Laporan  Murid bagi peperiksaan UPTP(2)/PKSR (1) mulai jam 7.45 pagi hingga 1.05 tengahari.  Disamping itu juga
ibubapa bolehlah berbincang dengan guru kelas/guru mata pelajaran tentang disiplin dan akademik anak-anak tuan/puan
pada hari tersebut.

1.2           Murid-murid  sesi petang (Tahun 1,2 dan 3), perlu datang ke sekolah pada sesi pagi pada hari tersebut (26.06.2012) dari
      pukul 7.45 pagi hingga 1.05 tengahari. Pakaian murid pagi dan petang adalah pakaian sekolah penuh.

1.3          Untuk makluman tuan/puan  pada 26.06.2012 juga  akan diadakan Pameran Buku dari Hanif Book Store dan Pameran
            dari Syarikat Besta (pocket dictionary). Sesiapa yang ingin membeli berbagai jenis buku dan pocket dictionary boleh -
              lah membeli pada hari tersebut.

2.1          Pihak sekolah juga akan mengadakan Sukan Tahunan pada 30.06.2012 (Sabtu) pada pukul 7.45 pagi bertempat di padang
               SK Methodist. Semua ibubapa/waris/penjaga murid-murid dijemput hadir untuk menyaksikan dan memeriahkan lagi
               Sukan Tahunan tersebut.

2.2          Sehubungan dengan itu, pada hari Isnin (02.07.2012), semua murid tidak perlu datang ke sekolah kerana pada hari tersebut
   adalah Cuti Peristiwa sempena Sukan Tahunan tersebut.

Sekian,  terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

(EN.M.LOGANATHAN, PKT,PJK)
Guru Besar,
SK Methodist, Nibong Tebal


Wednesday 20 June 2012

Yang Baru Di SK Methodist

Tandas murid perempuan yang baru dibina berhampiran Blok A

Sinki baru untuk kemudahan murid membasuh tangan di kantin.


Murid yang rendah tak susah lagi hendak minum air.

Dewan dinaik taraf dengan pemasangan lantai  dan siling baru.

Aktiviti bulan Jun(HEM)

PROGRAM 'JOM GIGI SIHAT'
19 JUN 2012
SELASA
ANJURAN BERSAMA
KLINIK PERGIGIAN NIBONG TEBAL DAN SK METHODIST


1) Bersenam bersama kakitangan klinik pergigian.











2) Ceramah untuk guru-guru


3)  Hadiah untuk murid yang menang pertandingan mewarna, melukis dan mengarang


Pemenang gigi tercantik Tahap 2
 Pemenang gigi tercantik Tahap 1
 
 Sesekali murid menyertai program di luar bilik darjah memang menyeronokkan.
Terima kasih kepada kakitangan Klinik Pergigian Nibong Tebal dan semua guru yang terlibat.