Wednesday 26 November 2014

TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH

Sekian lama blog ini menyepi,
Kini kami kembali...
 
Tanggal 26 November 2014 menjadi saksi,
Kejayaan anak2 didik yang dikasihi...
 
Sekalung tahniah kepada semua anak didik yang telah berjaya menamatkan pendidikan rendah di SK Methodist dengan keputusan yang cemerlang.
Tidak lupa kepada anak-anak didik yang kurang berjaya...percayalah dengan ungkapan pujangga "Usaha Tangga Jaya"...
Janganlah berputus asa kerana perjalanan kalian masih jauh di hadapan sana.
Hanya doa yang dapat kami titipkan...
 semoga yang berjaya hari ini akan terus berjaya dan kekal berjaya dan yang kurang berjaya hari ini,
teruskanlah berusaha dan jadikan ini pengajaran yang terbaik untuk melangkah lebih jauh dan mampu menggapai impian yang dicipta.
 
Segunung penghargaan buat semua warga pendidik SK Methodist yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam usaha mendidik dan menanam benih-benih ilmu buat peneraju masa hadapan. Budi kalian wajib disanjung dan dikenang...
 
 

TAHNIAH (5A)
SIRAZULHAQ
TARUNKIRIRAJ
SANJEET
NAVINTHAN

ENGKU ANIS NABILA
IRDINA DAMIA
NUR AIESHA ADYRIANNA
NUR ABIRAH RIZQA
ARVEEN KAUR

TAHNIAH (4A)
NUR FIESYA AZWA
MAZIAHTUL FAEZAH
LOGESWARY
LAYSSA WONG
RINESH
MONISWARAR


Semoga menjadi modal insan yang seimbang dari segi intelek dan sahsiah demi pembangunan negara, bangsa dan agama.

Budi kami tak minta dihitung, hanya secebis penghargaan dari hati...
Kami tidak minta digeruni, cukuplah kami dihormati...

Tahniah sekali lagi kepada semua bekas murid (dah jadi ex-student la kan) tahun 6 2014 dan semua yang bekerja keras untuk kejayaan hari ini...

semoga memperoleh keputusan yang lebih baik untuk masa akan datang...
 
#kejayaanmuridibubapabanggagurutumpanggembira