Saturday 31 December 2011

Hari Orientasi Tahun Satu Sesi 2012

Pada hari Jumaat , 30 Disember 2011 ibu bapa dan waris tahun satu sesi 2012 telah hadir bersama murid menghadiri Hari Orientasi. Pada hari tersebut ibu bapa, waris dan murid mendapat maklumat awal tentang sekolah dari penerangan Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan.





Barisan pentadbir SK Methodist
yang diketuai
oleh En. M.Loganathan.









Antara ibu bapa yang hadir.








Murid dibawa masuk ke kelas.
Buku teks turut diedarkan pada hari tersebut.
Walau bagaimanapun pihak sekolah memohon maaf kepada ibu bapa dan murid kerana ada sebilangan murid yang tidak menerima buku teks pada hari tersebut. Ini adalah kerana pada tahun ini pihak sekolah menerima kemasukan murid tahun satu lebih ramai berbanding tahun lepas menyebabkan buku teks yang sedia ada tidak mencukupi. GPK HEM berjanji akan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

Monday 26 December 2011

AKTIVITI MENJELANG SESI PERSEKOLAHAN 2012


Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama
Tarikh : 28 Disember 2011
Hari : Rabu
Masa : 8:30 pagi

Mesyuarat HEM & Kokurikulum
Tarikh : 29 Disember 2011
Hari : Khamis
Masa : 8:30 pagi

Hari Orientasi Tahun 1 (2012)
Tarikh : 30 Disember 2011
Hari : Jumaat
Masa : 8:30 pagi - 12:00 tengahari
(SEMUA MURID TAHUN 1 2012 BERSAMA IBU/BAPA/WARIS DIJEMPUT HADIR)