Sunday 3 April 2011

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-38

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-38 telah diadakan pada hari Sabtu,2 April 2011 jam 9:00 pagi. Mesyuarat kali ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia En. Teoh Seang Hooi, YDP PIBG SK Methodist.Kehadiran waris dan ibu bapa ahli PIBG tidak mengecewakan. Mesyuarat berjalan dengan lancar.
Setelah AJK PIBG lama dibubarkan, pelantikan AJK baru dijalankan.Semua ahli mesyuarat telah sebulat suara bersetuju melantik En. Teoh Seang Hooi sebagai YDP PIBG bagi sesi 2011/2012.
Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada barisan AJK PIBG yang baru. Adalah diharapkan AJK baru kali ini akan bersama-sama pihak sekolah berusaha meningkatkan pencapaian terbaik SK Methodist.