SARANA

Apa itu SARANA?

Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa adalah satu program yang telah dirancang oleh Kementerian Pendidikan untuk melibatkan PIBG dan  ibu bapa dalam program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Sokongan dan penglibatan ibu bapa adalah penting dalam membantu pihak sekolah dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,  
Sarana Ibu bapa mengandungi empat elemen iaitu;
1) Penyediaan suasana pembelajaran di rumah;
2) Interaksi sosial dengan anak;
3) Komunikasi dengan anak dan; 
4) Sokongan terhadap kecemerlangan  anak. 

Sarana Sekolah pula mempunyai enam elemen iaitu;
1) Iklim sekolah;
2) Komunikasi berkesan;
3) Sokongan terhadap kejayaan murid;
4) Tanggungjawab bersama;
5) Keputusan bersama; 
6) Kerjasama dengan komuniti dan kumpulan sokongan ibu bapa.

No comments:

Post a Comment