|
________________________________________________________________________________
Tarikh : 21.06.2012
Kepada,
Semua ibu bapa/waris/penjaga murid-muird SK
Methodist, Nibong Tebal.
MAKLUMAN PENTING
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara-perkara yang tersebut di bawah ini:
1.1 Pada 26.06.2012(Selasa), semua
ibubapa/waris dan penjaga murid diminta datang ke sekolah untuk menandatangani
Buku Laporan
Murid bagi peperiksaan UPTP(2)/PKSR (1) mulai jam 7.45 pagi hingga 1.05 tengahari. Disamping itu juga
ibubapa
bolehlah berbincang dengan guru kelas/guru mata pelajaran tentang disiplin dan
akademik anak-anak tuan/puan
pada hari
tersebut.
1.2 Murid-murid sesi petang (Tahun 1,2 dan 3), perlu datang ke sekolah pada sesi pagi pada hari tersebut (26.06.2012) dari
pukul 7.45 pagi hingga 1.05
tengahari. Pakaian murid pagi dan
petang adalah pakaian sekolah penuh.
1.3 Untuk makluman tuan/puan pada 26.06.2012 juga akan diadakan Pameran Buku dari Hanif Book
Store dan Pameran
dari Syarikat Besta (pocket
dictionary). Sesiapa yang ingin membeli berbagai jenis buku dan pocket
dictionary boleh -
lah membeli pada hari tersebut.
2.1 Pihak sekolah juga akan mengadakan Sukan Tahunan pada 30.06.2012 (Sabtu) pada pukul 7.45 pagi
bertempat di padang
SK
Methodist. Semua ibubapa/waris/penjaga murid-murid dijemput hadir untuk
menyaksikan dan memeriahkan lagi
Sukan Tahunan tersebut.
2.2 Sehubungan dengan itu, pada hari Isnin (02.07.2012), semua murid
tidak perlu datang ke sekolah kerana pada hari tersebut
adalah Cuti
Peristiwa sempena Sukan Tahunan tersebut.
Sekian,
terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah,
(EN.M.LOGANATHAN, PKT,PJK)
Guru Besar,
SK Methodist, Nibong Tebal