Wednesday, 18 January 2012

SURAT DARI SEKOLAH


SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST
                                     Jalan Sungai Daun,14300 Nibong Tebal,
                                      Seberang Perai Selatan.                         
Tel/Fax: 04-5931392
Email :pbb4012@jpnpp.edu.my
_____________________________________________________________
Ibu bapa dan waris yang dihormati,                                                               16 JANUARI 2012
SK Methodist, Nibong Tebal.                                                                

Tuan,

MAKLUMAN-MAKLUMAN PENTING

Sukacita dimaklumkan beberapa makluman penting untuk perhatian dan tindakan   tuan/puan.

02).  Sekolah akan bercuti Tahun Baru  Cina mulai 21 Jan – 29 Jan 2012 (9 hari). Pada 30 Jan 2012 ( Isnin ) murid-murid dikehendaki datang semula ke sekolah seperti biasa. Saya bagi pihak semua guru dan kakitangan SK Methodist ingin mengucapkan “Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua guru, murid, ibu-bapa dan waris berketurunan Cina SK Methodist”.

03). 25 Januari 2012 ialah cuti peristiwa yang telah diluluskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina. 26 dan 27 Januari 2012 adalah cuti berganti .  Hari persekolahan ganti adalah pada 11 Feb 2012 (Jadual hari Khamis) dan pada 3 Mac 2012 (Jadual hari Jumaat).Sila uruskan pengangkutan anak-anak tuan/puan.

04).  6 Feb 2012 (Isnin) ialah cuti umum menggantikan cuti Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW ( Ahad, 5 Feb 2012) dan 7 Feb 2012(Selasa) ialah cuti umum Hari Thaipusam.Pada 8 Feb 2012( Rabu) murid-murid dikehendaki datang semula ke sekolah seperti biasa.

05).Ujian UPTP 1  Tahun 6 adalah mulai  14 Feb hingga 16 Feb 2012. Ujian Kemajuan1  (UK1) Tahun 3,4 dan 5 pula adalah mulai  6 Mac hingga 9 Mac 2012.  Sila pastikan anak-anak tuan/puan membuat ulangkaji di rumah.

06).  Aktiviti Kokurikulum akan diadakan mulai awal bulan Februari selepas cuti Tahun Baru Cina.

Sekian, terima kasih.

“1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Saya yang menurut perintah

M.LOGANATHAN DJN,PKT,PJK
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Methodist
14300 Nibong Tebal
Seberang Perai Selatan

Wednesday, 11 January 2012

Guru Bertukar

Mulai 2012, empat orang guru SKM telah bertukar ke sekolah lain. Kepada guru- guru tersebut kami mengucapkan jutaan terima kasih diatas khidmat yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan mereka di SKM. Selamat bertugas di tempat baru. Sehingga 12 Januari 2012, SKM juga telah menerima tiga orang guru baru. Mereka ialah Pn. Nor Hayati Bt Hussein(GPK Pentadbiran), Pn. Maizani@Muzaini Bt Md Isa dan Pn. Norlia Bt Abu Bakar. Kepada guru-guru baru kami mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana sudi bersama warga SK Methodist.
Pn. Norhayati Bt Puh Yamin(GPK Pentadbiran) bertukar ke SK Bandar Tasek Mutiara.
















En. Hamzah B. Zainol bertukar ke SJKT Ladang Kerian.

En Jaymoghan a/l Kumar bertukar ke SJKT Tasek Permai.
                                                

Pn. Khairunnisa Bt Baruddin bertukar ke SK Jawi .                                                                                                                          

Tuesday, 10 January 2012

UJIAN PENGESANAN

Ujian Pengesanan untuk semua murid tahun1 akan diadakan esok, 12 dan 13 Januari 2012.

Khamis(12 Januari) : Matematik
Jumaat(13 Januari)  : Bahasa Malaysia